Warung Sembang-Sembang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 soal jawab tentang agama

Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

soal jawab tentang agama Empty
PostSubject: soal jawab tentang agama   soal jawab tentang agama Icon_minitimeSun Jul 19, 2009 5:31 pm

Persoalan Agama: Sah solat jamak selagi berada dalam keadaan musafir

SEORANG ahli keluarga saya akan melancong ke Bandung, Indonesia. Apa yang menjadi persoalan ialah ketika beliau ingin berjalan-jalan di sana, beliau ingin melaksanakan solat jamak sedangkan jarak destinasi yang akan dilawatinya tidaklah melebihi dua marhalah. Beliau berkata kepada saya bahawa situasi seperti itu telah membuatkan beliau seorang musafir. Maka, ibadat itu sah jika dilaksanakan. Adakah solat jamak yang akan beliau laksanakan akan menjadi satu ibadat yang sah?

Hamba Allah,
Petaling Jaya, Selangor.

Hukumnya adalah sah kerana beliau masih berada dalam keadaan musafir. Walaupun perjalanan yang beliau lalui antara satu dengan yang lain masih berada dalam jarak yang kurang daripada dua marhalah, tetapi beliau masih dianggap musafir kerana belum pulang ke tempat asal beliau iaitu di Malaysia.
Back to top Go down
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

soal jawab tentang agama Empty
PostSubject: Persoalan Agama: Lima kewajipan waris urus harta si mati   soal jawab tentang agama Icon_minitimeSun Jul 19, 2009 5:33 pm

Tidak wajar guna wang pusaka bagi urusan kenduri, pengebumianSEORANG ibu meninggal dunia dengan meninggalkan sejumlah harta dan wang untuk anak-anaknya. Persoalannya:

Harta dan wang itu adalah harta pusaka. Salah seorang anak menggunakan semua wang si ibu untuk segala urusan pengebumian dan membuat kenduri tahlil arwah ibu berkenaan. Adakah ini dibolehkan dalam Islam? Bukankah anak yang sepatutnya mengeluarkan perbelanjaan itu?

Bilakah tempoh terbaik untuk membahagikan harta pusaka?

Ramai sahabat dan orang kampung datang menziarah dan menghulurkan sedekah wang kepada salah seorang anak yang tinggal di rumah arwah ibu. Bagaimana kedudukan wang itu? Adakah ia dianggap pusaka juga? Bagaimana cara terbaik menggunakan wang sedekah berkenaan?

Insan Musykil,
Alor Setar, Kedah.

Bagi soalan pertama, sistem pusaka adalah suatu yang wajib dalam Islam berdasarkan kepada nas al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Ia tidak sepatutnya diubah atau diabaikan sama sekali.

Sebenarnya dalam Islam, ada lima kewajipan yang perlu dilakukan berkaitan harta si mati. Ia dilakukan mengikut tertib berikut :



Hutang si mati yang berkaitan.

Contohnya gadaian. Perkara ini berlaku ketika hayatnya, kemudian dia meninggal dunia tanpa memiliki harta selain harta ini. Hutang pemegang gadai mestilah didahulukan daripada yang lain termasuk keperluan persiapan dan pengebumiannya.


Persiapan jenazah.

Persiapan ini perlu didahulukan daripada semua jenis hutang selain dari yang dinyatakan di atas. Ini disebabkan persiapan pengebumian adalah hak jenazah sebagai seorang manusia yang perlu ditunaikan. Persiapan yang dimaksudkan adalah segala perbelanjaan yang membabitkan pengurusan jenazah dari saat kematiannya hingga dikebumikan.



Hutang yang berada dalam tanggungan si mati.

Ia dikemudiankan daripada belanja pengurusan jenazah tetapi didahulukan berbanding wasiat dan hak pewaris.


Wasiat ke atas satu pertiga baki harta.

Menurut ijmak ulama, wasiat mestilah dikemudiankan daripada hutang tetapi didahulukan berbanding hak pewaris. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 11 yang bermaksud: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang sudah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya.


Pusaka.

Ini adalah hak terakhir yang berkaitan dengan harta peninggalan. Ia dibahagikan kepada pewaris mengikut bahagian masing-masing.

Mengikut penjelasan ini, ternyata urusan pengebumian adalah satu ketetapan yang wajib disempurnakan. Tetapi mengadakan kenduri arwah bukanlah termasuk dalam kewajipan. Memberi makan kepada orang lain termasuk dalam perkara sunat saja. Jika anak ingin melakukan kenduri, lebih baik ia diambil daripada harta yang mereka kumpulkan secara berkongsi.

Bagi yang sengaja mengeluarkan peruntukan wang pusaka untuk tujuan kenduri, ia dibimbangi termasuk dalam hukum mengambil hak orang lain secara batil yang diharamkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 188 bermaksud : "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah..."

Bagi soalan kedua berhubung tempoh sesuai pembahagian harta pusaka, ia hendaklah disegerakan selepas menyelesaikan kewajipan yang sudah dijelaskan. Nabi bersabda dalam satu hadis sahih, bermaksud: "Serahkan harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, maka serahkan kepada kaum keluarga yang terdekat. - (Riwayat al-Bukhari no 6351, Muslim no 1615)

Bagi soalan ketiga, sebarang pemberian selepas kematian bukannya harta si mati lagi. Jadi ia bukanlah pusaka. Harta itu boleh dianggap sedekah ataupun hadiah. Ia boleh dibahagikan secara sama rata antara waris ataupun digunakan sebagai belanja untuk meraikan tetamu yang hadir.
Back to top Go down
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

soal jawab tentang agama Empty
PostSubject: Persoalan Agama: Qunut nazilat mohon keselamatan ummah ditindas   soal jawab tentang agama Icon_minitimeSun Jul 19, 2009 5:35 pm

APAKAH kewajarannya membaca qunut al-nazilat secara berjemaah pada setiap solat Subuh dan Jumaat sejak pencerobohan terakhir tentera Israel secara besar-besaran di bumi Palestin hingga ke hari ini?

Jemaah,
Masjid Nurul Amin.

Qunut al-nazilat ialah doa yang dibacakan atas arahan pemerintah Muslim (hakim Muslim) kerana sesuatu musibah yang melanda umat Islam. Dalam sebuah hadis yang sahih, Nabi bersabda yang bermaksud : "Perumpamaan umat Islam dalam berkasih sayang dan kesatuannya adalah seumpama satu tubuh, apabila satu bahagian dari badan itu merasa sakit maka seluruh tubuh itu akan merasa sakit disebabkan demam ataupun berjaga malam. (Riwayat Ahmad no 18870, Muslim no 6751)

Jadi, antara tanda keprihatinan kita terhadap kesusahan umat islam ini seperti kes yang diutarakan itu, umat Islam sewajarnya mengamalkan pembacaan doa ini dalam solat-solat Subuh, Jumaat dan sunat witir yang mereka kerjakan sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Dalam kitab al-Majmuk oleh al-Nawawi, beliau menjelaskan bahawa Nabi SAW pernah mengamalkan doa qunut bagi keselamatan al-Walied bin al-Walied dan kecelakaan terhadap musuh Islam. Al-Nawawi juga menjelaskan bahawa kita digalakkan mengamalkan doa Qunut yang diajar oleh Nabi SAW bersama dengan doa Qunut Umar.

Pengarang kitab al-Hawi pula berpendapat doa qunut ini boleh diamalkan dengan berpandukan kepada hadis yang ma`thur ataupun lainnya. Selanjutnya, pengarang juga menjelaskan keharusan mengamalkan bacaan ayat yang tertentu seperti akhir surah al-Baqarah untuk dibacakan dalam doa-doa qunut itu.

Cuma bagi mazhab Syafie menetapkan pemimpin Islam tertinggi saja yang layak mengeluarkan perintah untuk melakukan qunut jika ia membabitkan solat Jumaat.
Back to top Go down
Sponsored content





soal jawab tentang agama Empty
PostSubject: Re: soal jawab tentang agama   soal jawab tentang agama Icon_minitime

Back to top Go down
 
soal jawab tentang agama
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» sudut agama
» Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
» Pendapat tentang petrol
» nk beli smartphone lah!
» Pendapat tentang berniaga dari rumah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Agama dan anda :: Dunia Islam-
Jump to: