Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Lindungi 'Pemberi Maklumat'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

PostSubject: Lindungi 'Pemberi Maklumat'   Sat Oct 24, 2009 12:03 pm

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kerajaan akan menggubal Akta Whistle Blower (Pemberi Maklumat) bagi menggalakkan pemberi maklumat tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salah laku lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, akta berkenaan akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dibuat mereka.

"Akta ini akan diperkenalkan pada 2010," katanya sewaktu membentangkan Bajet 2010 di Parlimen hari ini.

Najib turut memberitahu kerajaan akan menubuhkan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

Pada masa ini katanya, hanya terdapat dua buah mahkamah khas tersebut di ibu negara dan dua lagi di Shah Alam, Selangor.

Tambah beliau, kerajaan juga akan meningkatkan usaha untuk memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini termasuk mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat," katanya.

Terdahulu beliau menjelaskan, tiga langkah utama yang akan diambil kerajaan itu adalah bagi melaksanakan agenda memerangi rasuah yang menjadi salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

"Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah di kalangan anggota penguat kuasa dan pentadbiran awam serta memastikan prosedur perolehan kerajaan dipatuhi.

"Langkah ini dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa," katanya.
Back to top Go down
 
Lindungi 'Pemberi Maklumat'
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Berita Terkini :: berita dalam malaysia-
Jump to: