Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

PostSubject: Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan   Mon Nov 02, 2009 11:22 pm



WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Nilai. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.


A. JAWATAN, GRED, TARAF JAWATAN DAN JADUAL GAJI

BIL.
JAWATAN, GRED &
TARAF JAWATAN
JADUAL GAJI
1
Penolong Jurutera J29 (Tetap) (2 kekosongan)
P1T1 RM 1549.40 - P1T21 RM 3046.80
P2T1 RM 1620.49 - P2T21 RM 3241.91
P3T1 RM 1694.60 - P3T21 RM 3430.90
2
Penolong Pegawai Senibina J29 (Tetap) (1 kekosongan)
P1T1 RM 1549.40 - P1T21 RM 3046.80
P2T1 RM 1620.49 - P2T21 RM 3241.91
P3T1 RM 1694.60 - P3T21 RM 3430.90
3
Penolong Pegawai Penilaian W27 (Tetap) (1 kekosongan)
P1T1 RM 1209.09 - P1T26 RM 3031.64
P2T1 RM 1278.67 - P2T26 RM 3217.79
P3T1 RM 1351.27 - P3T26 RM 3409.80
4
Penolong Akauntan W27 (Tetap) (1 kekosongan)
P1T1 RM 1209.09 - P1T26 RM 3031.64
P2T1 RM 1278.67 - P2T26 RM 3217.79
P3T1 RM 1351.27 - P3T26 RM 3409.80
5
Penolong Pegawai Tadbir N27 (Tetap) (1 kekosongan)
P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26
6
Pembantu Tadbir (Pekeranian /Operasi) N17 (Tetap) (2 kekosongan)
P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan Sara Hidup dan Elaun-elaun lain.

B. SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG JURUTERA - GRED J29
(i) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2)
DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

2. PENOLONG SENIBINA - GRED J29
(i) Diploma dalam bidang senibina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2)
DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN - GRED W27
(i) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6)
DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

4. PENOLONG AKAUNTAN - GRED W27
(i) Diploma dalam bidang perniagaan, kewangan, perbankan dan perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5)
DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N27
(i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5)
DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

6. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN / OPERASI) - GRED N17
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)

C. TARAF JAWATAN: TETAP / KONTRAK

D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 06 NOVEMBER 2009

E. CARA-CARA MEMOHON:

(i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.
Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN,
KERAJAAN PERSIARAN PUSAT BANDAR,
PUTRA NILAI PETI SURAT 52,
71800 NILAI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Back to top Go down
 
Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Perniagaan :: Portal Jawatan Kosong-
Jump to: