Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

PostSubject: Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41)   Mon Nov 02, 2009 11:39 pm



Sukacita dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) di Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, UPM. Maklumat lanjut permohonan jawatan adalah seperti berikut:-

Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak
Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir
Gred Jawatan : N41
Gaji : P1T1 RM 1690.28 – P1T27 RM 4640.28

SYARAT LANTIKAN:

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) memiliki ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara dengan CGPA 3.0 ke atas.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3).

KEUTAMAAN:

a) Berkeupayaan dan berkebolehan menulis, bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan sangat baik.
b) Boleh melapor diri dengan kadar segera.

PENEMPATAN : Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat

LAIN-LAIN : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON : Hubungi 0389466003 (Puan Delila) dengan kadar segera untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menentukan slot temu duga.

PERATURAN MEMOHON : Borang permohonan jawatan boleh diperolehi dengan mengunjungi laman web Pejabat Pendaftar di http://reg.upm.edu.my/reg/index.php?view=brg
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dibawa semasa temu duga dan disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma dan lain-lain) yang telah disahkan berserta transkrip akhir pengajian dan sekeping gambar terbaru berukuran passport.

PERHATIAN : Calon yang terpilih perlu melaporkan diri dengan kadar segera.

KETUA
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH TUTUP : 6 November 2009
Back to top Go down
 
Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Perniagaan :: Portal Jawatan Kosong-
Jump to: