Warung Sembang-Sembang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41)

Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41) Empty
PostSubject: Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41)   Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41) Icon_minitimeMon Nov 02, 2009 11:39 pm

Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41) Logo%20upm

Sukacita dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) di Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, UPM. Maklumat lanjut permohonan jawatan adalah seperti berikut:-

Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak
Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir
Gred Jawatan : N41
Gaji : P1T1 RM 1690.28 – P1T27 RM 4640.28

SYARAT LANTIKAN:

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) memiliki ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara dengan CGPA 3.0 ke atas.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3).

KEUTAMAAN:

a) Berkeupayaan dan berkebolehan menulis, bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan sangat baik.
b) Boleh melapor diri dengan kadar segera.

PENEMPATAN : Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat

LAIN-LAIN : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON : Hubungi 0389466003 (Puan Delila) dengan kadar segera untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menentukan slot temu duga.

PERATURAN MEMOHON : Borang permohonan jawatan boleh diperolehi dengan mengunjungi laman web Pejabat Pendaftar di http://reg.upm.edu.my/reg/index.php?view=brg
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dibawa semasa temu duga dan disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma dan lain-lain) yang telah disahkan berserta transkrip akhir pengajian dan sekeping gambar terbaru berukuran passport.

PERHATIAN : Calon yang terpilih perlu melaporkan diri dengan kadar segera.

KETUA
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH TUTUP : 6 November 2009
Back to top Go down
 
Jawatan Kosong di Bahagian Komunikasi Korporat, UPM (Gred N41)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM (Gred N17)
» Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Gred N17
» Jawatan Kosong di Kem. Alam Sekitar & Kesihatan Awam, Sarawak (Gred N17)
» Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Gred KP11
» Jawatan Kosong di Hospital Pusrawi Sdn Bhd

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Perniagaan :: Portal Jawatan Kosong-
Jump to: