Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Pelawaan Pengisian Jawatan Secara Pinjaman di MQA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

PostSubject: Pelawaan Pengisian Jawatan Secara Pinjaman di MQA   Mon Nov 02, 2009 11:44 pm



PELAWAAN PENGISIAN JAWATAN SECARA PINJAMAN
DI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA)

Sukacita dimaklumkan bahawa MQA sedang mencari calon daripada pegawai perkhidmatan awam untuk mengisi jawatan pelbagai gred di MQA secara pinjaman. Jawatan berkenaan adalah sepertimana berikut:

Gred N54

Gred N52

Gred N32

Maklumat lanjut berkaitan jawatan di atas adalah seperti di lampiran.


Syarat-syarat pinjaman:

Peminjaman ini adalah tertakluk kepada peraturan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 – Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.

Tempoh pinjaman adalah selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan mengikut keperluan.

Peminjaman ini tertakluk kepada persetujuan dari agensi pembekal dan pihak berkuasa melantik yang berkenaan.

Pemilihan untuk pelantikan secara peminjaman ini adalah melalui proses tapisan; hanya pegawai yang sesuai dengan jawatan yang hendak diisi akan diberi pertimbangan.


Borang permohonan

http://www.mqa.gov.my/jawatanpinjaman/BORANG%20PERMOHONAN%20JAWATAN%20PINJAMAN%20DI%20MQA.pdf

borang permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui Ketua Jabatan di alamat berikut :


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 14A, Menara PKNS-PJ,
No.17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
(U.P.: Unit Perkhidmatan dan Perjawatan)
Back to top Go down
 
Pelawaan Pengisian Jawatan Secara Pinjaman di MQA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Perniagaan :: Portal Jawatan Kosong-
Jump to: