Warung Sembang-Sembang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 USM Dan Jabatan Meteorologi Bekerjasama Kaji Amaran Bencana

Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

USM Dan Jabatan Meteorologi Bekerjasama Kaji Amaran Bencana Empty
PostSubject: USM Dan Jabatan Meteorologi Bekerjasama Kaji Amaran Bencana   USM Dan Jabatan Meteorologi Bekerjasama Kaji Amaran Bencana Icon_minitimeTue Nov 03, 2009 12:55 pm

PULAU PINANG, 3 Nov (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam usaha melaksanakan penyelidikan amaran awal bencana dengan lebih berkesan.

Pemangku Naib Canselor USM Prof Lim Koon Ong berkata kerjasama itu penting kerana keadaan dunia hari ini yang telah mengalami perubahan cuaca yang mendadak.

"Sehingga hari ini masyarakat masih belum bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan bencana alam seperti gempa bumi, taufan dan tsunami berikutan kurangnya maklumat berhubung perkara itu. Oleh itu dengan kerjasama seumpama ini satu pangkalan data dapat dihasilkan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai untuk membolehkan mereka bersedia menghadapi situasi tidak dijangka," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangi memorandum persefahaman antara USM dan MMD di sini pada Selasa. MMD diwakili ketua pengarahnya Dr Yap Kok Seng.

Yap berkata menerusi kerjasama dengan USM, MMD mempunyai ruang untuk menyebar maklumat yang diperoleh berkaitan amaran awal bencana dengan lebih cekap dan menyeluruh kepada masyarakat.

Katanya pembabitan ahli akademik akan memantapkan sistem pangkalan data amaran awal bencana hasil kepakaran yang dimiliki serta kajian saintifik yang dijalankan.

"Ini merupakan kerjasama bijak antara agensi kerajaan dan pihak Institusi Pengajian Tinggi dalam usaha membantu masyarakat bersiap sedia dalam apa juga situasi," kata Yap.

-- BERNAMA
Back to top Go down
 
USM Dan Jabatan Meteorologi Bekerjasama Kaji Amaran Bencana
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Berita Terkini :: berita dalam malaysia-
Jump to: