Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Berita Ekonomi- Sime Darby Jangka Bekal 500 MLD Air Bawah Tanah Pada 2013

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

PostSubject: Berita Ekonomi- Sime Darby Jangka Bekal 500 MLD Air Bawah Tanah Pada 2013   Tue Nov 03, 2009 12:57 pm

SEOUL, 3 Nov (Bernama) -- Bahagian tenaga dan utiliti Sime Darby Bhd, Sime Darby Energy Sdn Bhd, menjangka membekalkan 500 juta liter air sehari (mld) air bawah tanah bagi penggunaan orang awam menjelang 31 Disember, 2012.

"Kami menjangka bekalan air minuman akan digunakan orang ramai pada Januari 2013 serta kawasan perindustrian di Selangor," kata Ketua Pengurusan Airnya, Dr Azuhan Mohamed kepada pemberita Malaysia yang sedang melakukan lawatan penyesuaian teknologi air bawah tanah di Korea Selatan di sini pada Selesa.

Projek air bawah tanah 500 itu terletak di Batang Padang, Perak, dan meliputi kawasan kira-kira 2,700 kilometer. Air bawah tanah itu akan dibekalkan dari 10 telaga setiap satu berkapasiti 50 mld.

Batang Padang dipilih sebagai lokasi berikutan curahan air hujan tahunannya antara 2,500 mm dan 3,300 mm dan terdapat kawasan yang belum dibangunkan yang besar, termasuk hutan simpan dan kawasan tadahan air.

Azuhan berkata projek itu akan dilaksanakan di dalam dua peringkat, yang pertama melibatkan pembangunan satu telaga perintis 50 mld yang dijangka siap menjelang 31 Disember, 2009.

Pembangunan peringkat kedua akan meliputi 450 mld dari sembilan telaga, katanya.

Mengenai kos projek itu, Azuhan berkata ia dijangka dua kali lebih murah dari kos pembinaan satu empangan dan boleh memberikan tarif yang kompetitif kepada pengguna.

Sambil menyatakan syarikat itu merancang mengeluarkan tender kontrak pembangunan projek air bawah tanah itu menjelang pertengahan Januari tahun depan, katanya Da Joo Construction Co Ltd dari korea merupakan salah satu pembidanya.

Azuhan berkata Malaysia memerlukan bekalan air bawah tanah berikutan permintaan yang kian berkembang bagi mendapatkan air di negara ini yang dijangka meningkat dengan signifikan menjelang 2010 kepada kira-kira 17,000 mld.

Kini, air di permukaan merupakan lebih 98 peratus daripada bekalan air awam dan paras yang tinggi itu perlu dikurangkan berikutan perubahan iklim.

Sementara itu, Presiden Da Joo Construction Byung Chul Yoon berkata kos pembinaan setiap sistem telaga air bawah tanah berkenaan ialah antara AS$1.7 juta dan AS$1.8 juta.

Chul Yoon berkata Korea mempunyai 300 telaga di mana 200 telaga dikendalikan oleh Da Joo Construction, dan setiap tenaga boleh membekalkan antara 25,000 mld dan 40,000 mld air bawah tanah sehari.

Katanya Korea Selatan telah membangunkan teknologi pengumpulan air bawah tanah sejak 38 tahun lepas dan telah membekalkan air yang boleh diminum berkualiti kepada orang awam serta tidak pernah perlaku tanah runtuh disebabkan pembangunan air bawah tanah itu.

-- BERNAMA
Back to top Go down
 
Berita Ekonomi- Sime Darby Jangka Bekal 500 MLD Air Bawah Tanah Pada 2013
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Berita Terkini :: berita dalam malaysia-
Jump to: