Warung Sembang-Sembang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 RM3.7 bilion untuk pasukan keselamatan

Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

RM3.7 bilion untuk pasukan keselamatan Empty
PostSubject: RM3.7 bilion untuk pasukan keselamatan   RM3.7 bilion untuk pasukan keselamatan Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 12:02 pm

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion untuk meningkatkan kecekapan anggota keselamatan termasuk menyediakan kelengkapan moden dan canggih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, ia adalah selaras dengan sasaran untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.

"Antara langkah utama yang akan diambil ialah meningkatkan kehadiran anggota polis dengan menyediakan balai polis bergerak di 50 kawasan panas iaitu kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah.

"Seterusnya adalah melatih dan meningkatkan kecekapan 3,000 anggota Ikatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk melakukan rondaan bersama polis selain meningkatkan kempen pencegahan jenayah dan program integrasi polis dalam komuniti dan masyarakat," katanya.

Perdana Menteri berkata, keselamatan sempadan juga tidak terkecuali dengan peruntukan RM1.9 bilion bagi meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pula disediakan RM622 juta bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun.
Back to top Go down
 
RM3.7 bilion untuk pasukan keselamatan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PTPTN Dijangka Tanggung Defisit RM48 Bilion Menjelang 2020
» Jom Berdagang Forex di Instaforex
» InstaForex - Company News
» soal jawab tentang agama
» Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Gred KP11

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Berita Terkini :: berita dalam malaysia-
Jump to: