Warung Sembang-Sembang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 berita sukan- Kelantan Antara Enam Pasukan Tidak Layak Musim 2010, UPB-MyTeam Dan Proton FC Sah Tarik Diri

Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

berita sukan- Kelantan Antara Enam Pasukan Tidak Layak Musim 2010, UPB-MyTeam Dan Proton FC Sah Tarik Diri Empty
PostSubject: berita sukan- Kelantan Antara Enam Pasukan Tidak Layak Musim 2010, UPB-MyTeam Dan Proton FC Sah Tarik Diri   berita sukan- Kelantan Antara Enam Pasukan Tidak Layak Musim 2010, UPB-MyTeam Dan Proton FC Sah Tarik Diri Icon_minitimeTue Nov 03, 2009 1:01 pm

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasukan bola sepak Kelantan dan Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia 2010 setelah didapati gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Sementara UPB-MyTeam dan Proton FC pula telah mengesahkan untuk menarik diri daripada liga musim depan, kata Naib Presiden FAM Datuk Che Mat Jusoh.

"Selain Kelantan dan Perak, tiga lagi negeri yang tidak layak bertanding ialah Pulau Pinang (Liga Super), Pahang (Liga Perdana) dan Melaka (Liga Perdana), serta sebuah kelab iaitu Shahzan Muda (Liga Perdana)," katanya.

Beliau berkata keenam-enam pasukan itu telah gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FAM seperti melunaskan gaji pemain-pemain yang tertunggak dan hutang tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga tarikh akhir iaitu Sabtu lepas.

"Jadi kita telah memutuskan mereka tidak layak untuk bersaing musim depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Isnin.

Che Mat bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai nasib enam pasukan itu bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis FAM yang akan dipengerusikan oleh presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan di dalam masa terdekat ini.

"Keputusan yang diambil oleh JKPT hari ini adalah berdasarkan kepada peraturan sedia ada serta mengesyorkan kepada mesyuarat Majlis FAM untuk diluluskan mengenai keputusan yang dicapai ini," katanya.

Jika keputusan JKPT ini kekal dan diluluskan, Liga Super akan mempunyai 11 pasukan sahaja pada musim depan berbanding 14 pasukan musim ini, manakala 10 pasukan bagi Liga Perdana berbanding 14 pasukan.

"Sekiranya Liga Super kekal dengan 11 pasukan, FAM akan mengundang satu pasukan daripada Liga Perdana untuk menjadikannya 12 pasukan," kata Che Mat.

"Kita juga telah memutuskan untuk menerima hasrat dua pasukan berstatus kelab iaitu UPB-MyTEAM yang beraksi di dalam Liga Super dan Proton FC di dalam Liga Perdana untuk menarik diri," katanya.

Tambahnya keputusan sama ada dua kelab itu perlu atau tidak dikenakan hukuman berbentuk denda atau penggantungan akan dibincang dan diputuskan di dalam masa terdekat ini.

Mengenai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus pada Rabu ini, Che Mat berkata mesyuarat JKPT hari ini juga telah memutuskan tiga kategori yang telah diberikan mandat untuk FAM membuat keputusan.

"Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) telah dipilih untuk memenangi pengurusan persatuan terbaik, Johor FC sebagai kelab terbaik dan KL Plus sebagai kelab penyokong terbaik," katanya.

Terdahulu, Che Mat turut mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dan Negeri Sembilan, dengan memutuskan harga tiket berharga RM20 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun).

"Kita telah mencetak sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.

"Baki tiket sebanyak 35,000 akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai Jumaat ini bermula 11 pagi hingga 10 malam manakala bermula 10 pagi pada hari perlawanan," katanya.

Berikut adalah senarai pasukan layak untuk Liga Super 2010: Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, KL Plus, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, KM Naza, Johor, T-Team.

Senarai pasukan layak untuk Liga Perdana 2010: PDRM, Kuala Lumpur, ATM, PKNS Selangor, Sabah, KL Felda United, KL Pos, Perlis KSK Tambun Tulang, Harimau Muda B, Sarawak.

-- BERNAMA
Back to top Go down
 
berita sukan- Kelantan Antara Enam Pasukan Tidak Layak Musim 2010, UPB-MyTeam Dan Proton FC Sah Tarik Diri
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Berita Sukan- Nik Aziz Janji Habuan 'Paling Istimewa' Jika Kelantan Juarai Piala Malaysia
» InstaForex - Company News
» TEKA-TEKI YANG LAYAK DIBERI PENAMPAR !!!…
» Musim Lancong dah?
» RM3.7 bilion untuk pasukan keselamatan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang sukan :: Dunia sukan-
Jump to: