Warung Sembang-Sembang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warung Sembang-Sembang

warung sembang-sembang..sembanglah disini...
 
HomeHome  Portal NewsPortal News  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Cerun Runtuh: KM 12 Jalan Rawang-Selayang Ditutup

Go down 
AuthorMessage
princess love
Inspector General (Webmaster)
Inspector General (Webmaster)
princess love


Posts : 183
Join date : 30/06/2009
Location : Bumi Allah

Character sheet
Sembang-sembang malaysian: Manusia merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik

Cerun Runtuh: KM 12 Jalan Rawang-Selayang Ditutup Empty
PostSubject: Cerun Runtuh: KM 12 Jalan Rawang-Selayang Ditutup   Cerun Runtuh: KM 12 Jalan Rawang-Selayang Ditutup Icon_minitimeTue Nov 03, 2009 12:53 pm

RAWANG, 3 Nov (Bernama) -- Jalan persekutuan di KM12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit kanching di sini ditutup kepada semua lalulintas akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi Selasa.

Cerun yang runtuh itu, berkeluasan 200 hingga 250 meter, menutupi laluan kedua-dua arah Jalan Rawang-Selayang menyebabkan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak 4.45 pagi.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor melawat kawasan itu dan mengarahkan cawangan jalan dan cerun Jabatan Kerja Raya menyediakan satu laporan terperinci mengenai punca kejadian.

"Kerja pembinaan di kawasan berhampiran tempat kejadian harus dihentikan sementara menunggu laporan disiapkan bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang," katanya kepada pemberita.

Pada masa ini kerja pembersihan sedang giat dijalankan untuk membolehkan orang ramai kembali menggunakan laluan tersebut secepat mungkin.

Shaziman berkata jalan itu dijangka beroperasi seperti biasa pada pukul 7 pagi pada Rabu sekiranya tidak berlaku kejadian susulan dan hujan.

Pada 5.50 pagi, sepasukan polis serta unit anjing pengesan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiada mangsa dan kenderaan yang tertimbus.

-- BERNAMA
Back to top Go down
 
Cerun Runtuh: KM 12 Jalan Rawang-Selayang Ditutup
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» apa roadshow kat jalan pinang?
» InstaForex - Company News
» Perikasa lah tayar dulu sebelum jalan
» Jom Berdagang Forex di Instaforex
» Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Gred KP11

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Warung Sembang-Sembang :: Ruang Berita Terkini :: berita dalam malaysia-
Jump to: